Thursday, October 21, 2010

Lembaga rambut panjang

MERSING: Kehadiran lembaga wanita berambut panjang serta kanak-kanak di belakang dewan Sekolah Menengah Anjung Batu (SMKAB) di sini, pagi semalam mencetuskan histeria membabitkan lebih 10 pelajar sekolah berkenaan.
Lembaga wanita serta kanak-kanak itu dikatakan menjelma di depan seorang pelajar perempuan sebelum ia berjangkit kepada lebih 10 yang lain termasuk tiga pelajar lelaki.

Pengetua SMKAB, Abu Othman Ibrahim berkata, kejadian berlaku jam 9.30 pagi dan pelajar terbabit dibawa ke surau sekolah itu sebelum diberikan rawatan.


“Kumpulan pelajar berkenaan tiba-tiba menjerit dan kami meminta bantuan tiga pengamal perubatan tradisional untuk membantu merawat mereka.

“Ibu bapa serta keluarga pelajar terbabit dengan kejadian turut dihubungi untuk dimaklumkan berkaitan kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
histeria


Sementara itu, ketua pengamal perubatan berkenaan dikenali sebagai Wahid Junid, berusia 40-an, mendakwa ada makhluk halus menjadikan kawasan belakang dewan SMKAB sebagai kediaman mereka.

“Seorang daripada mangsa mengalami histeria sejak Jumaat lalu dan masih belum pulih sepenuhnya akibat kejadian pertama dialami itu.

“Kami nasihatkan pelajar yang menjadi mangsa supaya memperbanyakkan amalan masing-masing selain tidak terlalu terbawa-bawa dengan kejadian yang menimpa mereka,” katanya.

Menurut Wahid, dia bersama dua lagi rakannya akan berusaha untuk cuba menghalang gangguan itu daripada berulang.

sumber: harian metro

komen: mengikut adik aku yg bersekolah berkenaan, bkn 10 org yyang kena, tetapi 30 orang di mulai dengan dak2 zapin sekolah tue dan persekolahan untuk sesi ptg di tutup, serius tue....

Projek Empangan Bakun sudah 97 peratus siap

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, sehingga 1 September lepas, kemajuan keseluruhan Projek Hidroelektrik Bakun adalah pada tahap 97 peratus.
Beliau berkata, proses takungan air di empangan tersebut telah dimulakan pada 13 Oktober lepas setelah menerima kelulusan Permit Kebenaran daripada kerajaan Sarawak pada 28 September.
"Empangan tersebut dijangka memerlukan enam hingga tujuh bulan bagi mencapai paras takungan minimum untuk menggerakkan turbin pertamanya, dan sekurang-kurangnya sebulan diperlukan untuk menjalankan proses testing dan commissioning.
 Empangan Bakun

"Berdasarkan jangka masa itu, Empangan Bakun hanya akan mula beroperasi pada Julai tahun depan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) yang ingin tahu status terkini empangan tersebut yang sedang dibina tetapi menghadapi masalah ”pembeli elektriknya”.
Donald Lim berkata, projek tersebut tidak menghadapi masalah pembeli elektrik kerana kerajaan telah menetapkan bahawa sumber tenaga elektrik dari empangan berkenaan adalah untuk kegunaan negeri Sarawak. – Bernama

sumber : utusan malaysia

komen : aku keliru, tak salah aku masa dulu kerajaan cakap bakun ni tuk penggunaan semenanjung ke, hehehe ntah laa.. maybe politik nyer sebab, serawak pun nk jugak... tp kalu nak tau bakun ni empangan kedua terbesar di asia.. hehehe =)

Gempa bumi sederhana landa Laut Celebes, Indonesia

Satu gempa bumi sederhana berukuran 5 pada skala Richter berlaku di Laut Celebes, Indonesia pada pukul 3.03 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata, pusat gempa itu terletak kira-kira 263km dari tenggara Davao, Filipina dan 738km dari timur Kunak, Sabah.
Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami. – Bernama

sumber: Utusan malaysia

komen: hehehe kalau jadi kat malaysia, gegar skit da panic nyer kaw-kaw2... heheh aku teringat ms blajar kat kL dlu, madah kena gempa jer... tp malaysia untung, bkn dlm kawasan gunung berapi pasifik =)

Ayam 'korban' Hari Malaysia hidup semula

Seekor ayam jantan putih yang disembelih sebagai 'korban' oleh pemimpin veteran Sabah, Datuk Jeffrey Gapari Kitingan pada hari Malaysia - 16 September lalu di Batu Sumpah Peringatan di Keningau masih hidup dan mampu berjalan, lapor akhbar tempatan di Sabah.

Batu sumpah itu didirikan sebagai memperingati tarikh kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963 dan keanggotaannya dalam persekutuan Malaysia, 16 hari kemudiannya iaitu pada 16 September 1963.

Ayam jantan itu dikorbankan dan darahnya dipercik pada 16 September lalu sebagai upacara pemujaan dengan disaksikan oleh pawang Kadazandusun yang dinamakan Bobohizan.



ayam mati hidup semula


Pemilik ayam itu, John Gitang, kemudiannya mengutip ayamnya dan membawanya pulang. Menurut akhbar-akhbar tempatan, isteri Gitang yang tidak dinamakan - mendapati ayam itu masih bernyawa dan membatalkan niatnya itu menjadikan ayam itu sebagai lauk. Dia bimbang nasib malang mungkin menimpa dirinya dan keluarga mereka.

Dia juga mendapati luka di leher ayam yang disembelih untuk diambil darahnya itu telah pulih. Menurut beberapa doktor di Kota Kinabalu, kemungkinan besar, darah pada luka itu cepat membeku dan menyelamatkan ayam berkenaan.

Jeffrey yang tidak mempercayai kepercayaan karut berkata kejadian itu satu ironi memandangkan syarat-syarat Perjanjian Malaysia tidak pernah dipenuhi di Sabah dan Sarawak.

“Ini mungkin sebagai peringatan bahawa syarat-syarat Perjanjian Malaysia perlu dihormati,” kata Jeffrey.

sumber: malaysiakini

komen: korang tgk arr.. tak lama lagi ayam ni glamor sebab kaki2 ekor suma nk mintak no kat ayam nie.. hehehehe kalu tuan nyer ayam pandai bisnes, le kayo ..hikhik hik


salam perkenalan

assalammualaikum, aku create blog ni untuk simpanan aku ttg apa yang menarik dan berita2 yang panas, maybe mcm kat news online menda ni tak kan kekal kan, so aku save kat dlm ni je laa.. hehehe tq